Isnin, 26 Oktober 2009

Kenduri Kahwin








Selamat Pengantin Baru buat Kak Semah...

Rabu, 10 Jun 2009

Jom pi Cameron Highland





3, 4 dan 5 Jun kami ke Cameron jalan2 tengok pemandangan. Sejuuuk...

Selamat Hari Jadi Daniel





Pada 9 Jun hari tu kami sama2 menyambut hari jadi daniel. Papa bawa kami balik ke jengka umah wan dan atuk. kat umah ayan jumpa wan atuk mak su jannah pak lang pak ndak dan mak anjang eton. Malam tu pulak Pak long sekeluarga balik.

Jumaat, 22 Mei 2009

Sambutan Hari Guru Sekolah Papa




Pada 19hb Mei lepas sekolah Papa buat sambutan Hari guru. Meriah juga sebab ada buat sukaneka. Banyak juga papa dapat hadiah sebab menang acara. Mama pun sambut juga tapi hari esoknya 20 hb Mei. Mama pun syok juga wat sukaneka dan persembahan. Yang paling best seguni mama bawa balik hadiah. semua murid bagi Mama. Diorang sayang Mama la tu. Apa2 pun tahniah la Papa and Mama be the great theacher yek....

Ahad, 17 Mei 2009

Kenduri Potong Jambul Anak Pak DE




e
Masa cuti hari pekerja Pak De ajak gi Tementi ajak makan kenduri. So kiranya sepupu lah dengan zayan ni, lelaki lak tu leh jadi geng la....

Ahad, 3 Mei 2009

Moh Gi Tengok Gajah dan Rusa





Pada cuti baru2 ni papa ajak kami sekeluarga balik ke Jengka 10. So kami balik lah ke Jengka. Apabila nak balik ke Raub Mama ajak ikut Lanchang nak gi tengok gajah. Pastu terus gi Deerland.Syok jugalah...

Khamis, 9 April 2009

Hari Sukan


Pada Bulan Mac yang lepas Mama dan Papa sibuk membuat persipan hari sukan sekolah mereka. Temasya Sukan diadakan besar-besaran. Apa2 pun sekarang ni dah rehat la sikit takde la asyik berjemur je.

Sabtu, 28 Mac 2009

Berjalan Ke KL


Pada cuti sekolah yang lepas papa bawa kami jalan-jalan ke KL. Atuk ada urusan di PNB sebelah Tabung haji. Lepas tu terus gi melawat umah ayah alang di Subang. Papa pula gi kenduri kahwin Ateh di JAWI. Pastu jumpa atuk dan keluarga jengka di umah De di Shah Alam. Papa bawa kami semua ke Cheras pegi kenduti kahwin Ateh. Pastu kami balik singgah di Carefour Wangsa Maju.

Sabtu, 14 Mac 2009

Sambutan Maulidurrasul SK Lanai




Pada hari Rabu 11hb yang lepas SK Lanai telah mengadakan majlis sambutan maulidurrasul peringkat sekolah 1430h/2009. Perarakan sepanduk sambil berselawat telah dibuat menuju ke kawasan kampung berhampiran. Turut diadakan pertndingan sepanduk, selawat dan nasyid serta peraduan mewarna

Selasa, 10 Februari 2009

Jom Gi Tengok Sekolah Papa




Papa mengajar di Sekolah orang asli. Tempatnya nun jauh di pedalaman. Hari-hari papa gi sekolah pada awal pagi balik petang lak, kesian papa. Tempat nya tak sama dengan mama. Mama masih lagi daerah Raub tapi papa dah termasuk dalam daerah Lipis. Dulu papa mengajar jauh jugak nun seberang laut. Ala laut china selatan... kat Sabah. Pastu dapat balik duk jauh gak kat Muadzam Sek Ladang Kota Bahagia. Orang panggil sekolah ladang Tabung Haji.
Tapi kiranya dah ok lah papa. Kalau dulu memang teruk jalan. Naik bukit turun bukit. Mula2 naik kete sampai Koyan pastu naik motor lak. Kadang2 motor lak naik dia.

Sabtu, 7 Februari 2009

Berjalan di Kg Cheroh




Cuti tahun baru yang lepas, we all pulang ke Kg Cheroh wat gotong-royong sikit. Bersihkan kawasan rumah yang lama ditinggalkan di samping itu dapat berjumpa saudara-mara dan ahli keluarga yang lai.

Isnin, 26 Januari 2009

Jumaat, 23 Januari 2009

Jom Balik Kampung


Disebabkan pada 26 dan 27hb ni cuti, kami tak pegi mana-mana pun tapi bercuti bersama keluarga. ya lah untuk mengeratkan kemesraan kasih sayang. So untuk tujuan itu KKS dan ahlinya bersetuju untuk mengadakan gotong-royong untuk membersihkan dan menceriakan lagi villa samad yang berada di Kg Cheroh. Yang pastinya keluarga kami lah yang paling hampir seharusnya lah terlebih dahulu sampai untuk menjayakan program tersebut begitu jugalah ahli-ahli yang lain.

Selamat Tahun Baru cina


Kepada sesiapa yang mengikuti laman ini diucapkan Gong Xi Fa Coi.


Di waktu cuti ni luangkanlah masa bersama keluarga, hilangkan tension semasa bekerja. Kalau yang ingin memandu berhati-hatilah di jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat.

Ahad, 11 Januari 2009