Ahad, 17 Mei 2009

Kenduri Potong Jambul Anak Pak DE




e
Masa cuti hari pekerja Pak De ajak gi Tementi ajak makan kenduri. So kiranya sepupu lah dengan zayan ni, lelaki lak tu leh jadi geng la....

Ahad, 3 Mei 2009

Moh Gi Tengok Gajah dan Rusa





Pada cuti baru2 ni papa ajak kami sekeluarga balik ke Jengka 10. So kami balik lah ke Jengka. Apabila nak balik ke Raub Mama ajak ikut Lanchang nak gi tengok gajah. Pastu terus gi Deerland.Syok jugalah...

Khamis, 9 April 2009

Hari Sukan


Pada Bulan Mac yang lepas Mama dan Papa sibuk membuat persipan hari sukan sekolah mereka. Temasya Sukan diadakan besar-besaran. Apa2 pun sekarang ni dah rehat la sikit takde la asyik berjemur je.

Sabtu, 28 Mac 2009

Berjalan Ke KL


Pada cuti sekolah yang lepas papa bawa kami jalan-jalan ke KL. Atuk ada urusan di PNB sebelah Tabung haji. Lepas tu terus gi melawat umah ayah alang di Subang. Papa pula gi kenduri kahwin Ateh di JAWI. Pastu jumpa atuk dan keluarga jengka di umah De di Shah Alam. Papa bawa kami semua ke Cheras pegi kenduti kahwin Ateh. Pastu kami balik singgah di Carefour Wangsa Maju.

Sabtu, 14 Mac 2009

Sambutan Maulidurrasul SK Lanai




Pada hari Rabu 11hb yang lepas SK Lanai telah mengadakan majlis sambutan maulidurrasul peringkat sekolah 1430h/2009. Perarakan sepanduk sambil berselawat telah dibuat menuju ke kawasan kampung berhampiran. Turut diadakan pertndingan sepanduk, selawat dan nasyid serta peraduan mewarna

Selasa, 10 Februari 2009

Jom Gi Tengok Sekolah Papa




Papa mengajar di Sekolah orang asli. Tempatnya nun jauh di pedalaman. Hari-hari papa gi sekolah pada awal pagi balik petang lak, kesian papa. Tempat nya tak sama dengan mama. Mama masih lagi daerah Raub tapi papa dah termasuk dalam daerah Lipis. Dulu papa mengajar jauh jugak nun seberang laut. Ala laut china selatan... kat Sabah. Pastu dapat balik duk jauh gak kat Muadzam Sek Ladang Kota Bahagia. Orang panggil sekolah ladang Tabung Haji.
Tapi kiranya dah ok lah papa. Kalau dulu memang teruk jalan. Naik bukit turun bukit. Mula2 naik kete sampai Koyan pastu naik motor lak. Kadang2 motor lak naik dia.

Sabtu, 7 Februari 2009

Berjalan di Kg Cheroh




Cuti tahun baru yang lepas, we all pulang ke Kg Cheroh wat gotong-royong sikit. Bersihkan kawasan rumah yang lama ditinggalkan di samping itu dapat berjumpa saudara-mara dan ahli keluarga yang lai.